Tajuk LED

Lataest Info

Monday 23 July 2012

CATATAN RAMADHAN INI..NI BARU BETUL2 HABIS MADU SEPAH BERSEPAH-SEPAH

Salam Ramadhan Al Mubarak..


Alhamdulillah.. hari ni dah masuk ari ke 3 puasa.. surau2 n masjid pun dipenuhi dengan muslimin n muslimat yang berlumba mencari pahala di bulan Ramadhan ni.. meriah tgok lelaki tua dan muda dan budak2 penuh memenuhi rumah Allah ni..Tapi..


Bila jer lepas rakaat ke 8 dah tinggal separuh jer makmun terawih yang tinggal..ader surau yg tnggal suku jer, tu pun yg tinggal sumer yng otai2 jer..yg mude2 sibuk mengejar urusan dunia masing2..tetiba aku teringat lak kisah pakcik2 n makcik2 ni..ermm patut lah pakcik2 n makcik2 ni banyak masa duk kat surau ngan masjid di kariah masing2...klu x dlu sibuk g ceramah merata-rata.. naper ehh?..sempat gak aku berbual2 ngan pakcik2 nie mlm tdi..


Ermm jawapannye pakcik2n makcik2 ni bukan sesaper lagi..walaupun ader diantaranya taraf ustaz n ustazah n ilmu agamanya bukan calang2..n berpuluh tahun penglamn mngajar.. sebabnyer diaorang ni xleh dptkan publisiti n tak popular..





 
kesian pakcik2 dan makcik ni..diaorg ni TEWAS pada ustaz2 n ustazah2 SEGERA yg tetiba terus dpat lesen besar utk berceramah, dpt tauliah n gelaran ustaz & ustazah n dapat payment yg baik( lam statement paper kate ikhlas)..sedangkan dulu pakcik2 ngan makcik2 ni x di bayar pun sesen pun time ceramah..jenuh blajo agama bertaun2 smpai ke sumatera n mesir baru org panggil ustaz & ustazah.




Mungkin aper yg terjadi ni ader juga baiknya tuk pakcik2 & makcik2 tue..ader hikmahnya..tuk lebih tumpukan ibadat di bulan mulia nie..luangkan masa bersama isteri,anak & cucu.. selorohnya pakcik2 ni di akhir perbualan aku dan mereka..walaupun ader riak muke KECEWA sebenarnya di muke mereka...wallahualam.

Thursday 19 July 2012

KOHILAL..Rugi 45 juta..sekali duit ahli lesap daaa....



Pada 5 MAC 2010, di Ibupejabat KOHILAL di No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA LUMPUR, satu wawancara khas telah diadakan di antara SHAMSURI bin ROSLAN dengan MOHD KUSRIN bin RAHMAD , RAZALI bin MOHD DAUD dan MOHD SHUKOR bin ABD. AZIZ.

Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:

a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

e. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

f. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

g. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

h. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

i. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

j. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut KURSIN bin RAHMAD , MD. SHUKOR bin ABD. AZIZ dan RAZALI melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

k. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

l. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.

Wednesday 18 July 2012

Adoiyai. Apa dah jadi nih?

Adoiyai. Apa dah jadi nih?

Apa dah jadi nih? Dulu para ulamak masuk PAS. Tapi Sekarang golongan artis pulak masuk PAS. Yang masuk PKR pun ada. Yang lawaknya, artis yang join PAS tu artis yang x berapa nak laku lak tu... Frust x dpt job berlakon n job menyanyi ke? Then atitude pun bukannya bagus mana pun. Mana taknya, yang sorang tu kaki minum. yang sorang lagi pernah kena tangkap khalwat. yang sorang lagi menikah kat Siam. Yg ex-drug addict pun ada.Tak paham tak paham... Siap kutuk UMNO lagi.Yang paling haru biru sekali yang sorang tu pernah  ambik watak polis. yang sorang lagi pernah ambik watak askar. Tapi dengan selambanya dok kata polis kejam. Tu satu bab. Bab yang paling lawak sekali, baru nak masuk Islam balik kot, dah pandai mengutuk orang yang kononnya kita ni Islam hanya pada nama. Alahai. Perangai ko dulu lagi teruk. Takkan tak ingat kot? Ingat sikit. Kita ni seagama dan sebangsa. Berpeganglah pada kata-kata keramat Hang Tuah. Takkan hilang Melayu di dunia. Then, nak kuatkan iman, rujuklah Al-Quran dan As-Sunnah... Bertaubat la wahai para artis........ All my followers, jom layan..... 1. Bob Lokman punya cerita (klik) 2. Hairie Othman dan Zulkifli Ismail punya reason (klik) (klik) 3. Dayangku Intan berceramah (klik) 4. Adam Hamid Pelakon yang tak berapa nak laku (klik) 5. Aisyah Janji Manismu (klik) 6.Abby Abadi kecewa tak sudah (klik) (klik) 7. Mail XPDC ex-drug addict (klik) 8.Leman Raja Lawak yang tak berapa nak lawak (klik) 9.Yat Hamzah pun join jugak (klik) 10.Zuar XPDC (klik)

PAS MALU BESAR PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN

Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu.Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.
Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.
Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang.
PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.
Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.
Sejak diasaskan oleh ayahanda Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu, Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.
Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset, kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.
Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.
Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda.
Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.
Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.
Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS!) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu.
PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH.
Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik.
Apabila dilihat memberi keuntungan, pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya!
Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu.
Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut?
PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS, termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan.
PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.
Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu?
Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak?

Artis wanita sekali Ceramah RM2,500...apa hal ni.....

Orang ni: Artis wanita sekali Ceramah RM2,500...apa hal ni.....: Apa mau nak dikatakan,diungkapkan atau nak diterjemahkan...kalau sesetengah artis sekali naik pentas ceramah penganjur kena bayar sehingga R...

Anuwar mau senaman ni ganti Poco-Poco..

Haha..lame teman nak nulih..sebab sibuk ngan ghoje2..n macam2 hei lagi....
x abis lagi cite si ambiga ni..tapi la ni dah senyap ckit..bile geng2 pesara ATM dtg buh meriam kat depan umah dia..tapi yg ralatnye..geng2 ni datang ke umah ambiga x ngajak si anu..sebab mmg dia suke nengok senaman ni..haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...