Salam kepada semua sahabat pelayar alam maya..Sesungguhnya CK mengucapkan salam perkenalan kepada semua yang menjengah blok ini atas dasar persaudaraan.. Apa yang ingin diutarakan di dalam blog ini adalah untuk memperjuangkan apa yang sepatutnya kita perjuangkan bersama.. Sedih bila kite mengenangkan ungkapan " satu kiblat, satu syahadah tapi berpecah belah kerana dakyah politik yang songsang sehingga meminggirkan intipati perjuangan sebenar mereka yang terdahulu..mempermainkan agama demi kepentingan politik,melemparkan jauh pandangan dan wasiat raja2 dahulu..meletakkan kepentingan agenda sendiri melebihi majoriti..meletakkan kuasa sebagai panduan utama sehingga Al Quran dan Hadis menjadi mainan bibir sesiapa sahaja..menghalalkan segalanya agar matlamat mereka tercapai..Walhal walupun dalam firasat CK yang dangkal ini sesungguhnya jika berjaya sekalipun berapa lama sangatlah kuasa itu berkmakna..kerana gelombang mereka itu semakin membesar..semakin mengganas dan menunggu masa dan mangsanya untuk membaham dengan rakus..dan ketika itu di mana kita..dimana anak bangsa kita dan adakah sesalan ketika itu mampu membayar dan mengembalikan semua yang ada pada hari ini...Sesuatu yang amat mustahil untuk CK lakukan jka mampu mempertautkan kembali kiambang yang telah sekian lama membawa haluan masing dan menyedarkan mereka bahawa dengan "rujuknya" mereka ini sebenarnya mampu menyelamatkan sebuah tamadun yang kini tanpa kita sedar ibarat telur di hujung tanduk..